Bismillahhirrahmanirrahim, ahlan
wasahlan dan selamat datang ke blog Jabatan Pengajian Islam & Bahasa,
Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT).
Blog
ini adalah di bawah kendalian staf jabatan untuk berkongsi isu semasa,
pengalaman dan survival Jabatan Bahasa & Pengajian
Islam (JBPI). Jabatan ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah Bahasa Melayu,
Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Mandarin serta pensyarah-pensyarah
pengajian Islam.
Terdapat satu program dibawah jabatan ini iaitu DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM. Program Diploma Pengajian Islam merupakan program yang berbeza dengan program-program pengajian Islam yang telah dijalankan di pelbagai institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Program ini akan mendedahkan kepada pelajar beberapa kursus asas pengajian Islam yang digabungkan daripada sistem turath (silam) yang menekankan konsep adab dan kebersihan jiwa dan sistem moden yang menekankan konsep pengajaran dan pembelajaran yang efisyen, kreatif dan inovatif di samping tidak mengabaikan keperluan semasa. Kursus-kursus seperti Bahasa Arab, Balaghah, Fiqh dan Usul Fiqh, Pengkajian Al-Qur'an dan Hadis, Sejarah dan Tamadun Islam, Ekonomi Islam, Komunikasi dan Dakwah Islamiyyah dan Pemikiran Islam Semasa menjadi teras kepada program ini. Pendedahan pengetahuan dan penguasaan Bahasa Inggeris, teknologi maklumat, pengurusan perniagaan, sistem perakaunan, perundangan Islam dan sains dalam Islam turut disajikan.
Pendekatan yang diambil
bagi menghasilkan graduan profesional dan serba boleh adalah melalui penerapan
kemahiran insaniah dan pembinaan jati diri muslim melalui pergerakan aktiviti
persatuan, kem ibadah tahunan, usrah, dakwah profesional, khidmat masyarakat
dan latihan industri. Pendekatan ini diterapkan kepada mereka bagi membentuk
modal insan yang berkeperibadian mulia, cekap, berinovasi, berkualiti dan
proaktif dalam memastikan mereka tidak ketinggalan dengan kemajuan industri di
samping membantu dalam menggerakkan perekonomian negara dan memajukannya, selaras
dengan aspirasi negara dan falsafah pendidikan negara. Program ini juga memberi
peluang kepada mereka yang berminat dalam mendalami Islam sehingga mereka
mempunyai asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran kemajuan dunia kini yang
tidak bertepi.
"Generasi Rabbani
Sumber Tamadun Insani"
ReplyDeleteSalam.
Kepada:
Yang dihormati para rektor universiti, para akademik, para agamawan dan para mahasiswa.
Bersama-sama ini disertakan sebuah rencana berjodol: Kebebasan beragama dan paksaan bermazhab di Malaysia untuk renungan. Diambil dari laman: almawaddah. info
Sekian, terima kasih wa afwan.
Daripada:
Pencinta al-Qur'an dan Perlembagaan Malaysia.
https://drive.google.com/file/d/1ceNbTDRqcvllijZqRRUHQiHEexIRVxDT/view?usp=drivesdk.